Monday 11 July 2011

Iktibar Dan Pengajaran Hijrah

Bulan Muharam dijadikan sebagai permulaan perkiraan awal tahun baru islam, kerana pada bulan muharam, ALLAH s.w.t. telah meletakkan perbendaharaan yang banyak, terutamanya dia telah memberikan kejayaan kepada kebanyakan nabi dan rasul terdahulu.


Justeru,marilah kita bermuhasabah diri sempena awal tahun hijrah ini. Cuba berfikir sejenak, sejauh manakah kita telah menghayati islam sebagai "al-din" atau cara hidup yang lengkap,dan perkara-perkara negatif yang menyalahi aqidah dan syariah, yang masih mewarnai kehidupan kita disepanjang waktu? Muhasabah ini penting, supaya kita dapat menilai sama ada hak atau batil yang lebih banyak dalam diri kita. Kemudian, membuat azam baru ke arah perubahan yang lebih baik.


Kita harus merenung kembali, apakah rahsia yang menyebabkan kejayaan gemilang perjuangan rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke madinah? Ya, sebelum hijrah, sebenarnya Baginda s.a.w. telah membangunkan aqidah dan akhlak, membasmi kegelapan syirik dan kufur, diganti dengan cahaya iman dan hidayah ALLAH, akhlak buruk ditukar kepada akhlak yang baik dan mulia, dan memperkenalkan yang MA'RUF untuk menggantikan yang mungkar (buruk dan keji) yang selama ini mencengkam kehidupan masyarakat serta kezaliman dan penindasan diganti dengan keadilan, persaudaraan dan kasih sayang. 

Firman ALLAH  s.w.t. yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia, beribadahlah kepada tuhan kamu yang menciptakan kamu dan orang-orang terdahulu sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa." (surah al-baqarah:21).

Menerusi mafhum ayat ini, kita hendaklah mengabdikan diri sepenuhnya kepada ALLAH s.w.t. dengan pengertian yang luas yang bertunjangkan keimanan dan ketaqwaan kepada-NYA. Dan bertitik tolak dari sinilah, insya-ALLAH kita akan memperolehi kejayaan dan kebahagian abadi di dunia dan di akhirat.

Kedua: Seluruh umat islam harus memainkan peranan masing-masing ke arah usaha membina sebuah negara yang baik, aman dan makmur. Hal ini dicontohkan menerusi hijrah rasuluallah s.a.w. dari makkah ke madinah yang melibatkan semua sahabatnya, yang paling tua iaitu Saudina Abu Bakar al-siddiq, pemudanya Abdullah ibnu abu bakar: remajanya Ali bin abu talib, wanitanya Asma binti Abu bakar dan pengembala kambing Umar bin Fuhairah.

Demikian pimpinan Rasulullah s.a.w. dengan bimbingan wahyu ALLAH, masing-masing bertungkus lumus untuk mendapat rahmat dan keredhaan ALLAHdan berusaha menegakkan kalimatul hiyal 'ulya (kalimah ALLAH yang paling unggul).

Ketiga: Islam ialah agama kebenaran yang datangnya daripada ALLAH s.w.t. sesuai untuk sekalian hambanya tanpa mengenal bangsa dan keturunan. Ini jelas terbukti apabila tegaknya Daulah Islamiyah di madinah. Pengenalan Perlembagaan Madinah, diterima oleh seluruh penduduknya, sama ada kaum muslim atau bukan muslim. Padahal jumlah Muslim pada masa itu hanya kira-kira 35 peratus. Jelasnya, jika peraturan islam dijadikan sebagai undang-undang, semua lapisan masyarakat yang menganut pelbagai kepercayaan dan agama akan menerima peraturan yang adil dan saksama itu (kecuali dalam ibadah dan budaya, yang masing-masing diberi kebebasan mengamalkan),kerana sebenarnya islam itu bersifat universal atau menjadi rahmat ke seluruh alam.

Keempat: Para muhajirin yakni merekayang berhijrah dengan tujuan untuk menyebarkan dakwah islam, diberi sanjungan yang tinggi oleh ALLAH, sebagaimana firman-NYA yang bermaksud: "maka orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai ganguan) kerana menjaga agamanya, dan yang berperang (di jalan ALLAH) dan terbunuh (yang gugur syahid di dalam perang sabil), sesungguhnya Aku (ALLAH ) akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa batang sungai, sebagai balasan pahala daripada ALLAH dan disisi-sisinya jualah adanya pahala yang sebaik-baiknya (bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh semasa hidup di dunia)."

Kelima: Menjalin hubungan ukhuwah atau persaudaraan dalam islam adalah satu tuntutan wajib yang diperintah oleh ALLAH dan rasul-nya, kerana ia akan mewujudkan kekuatan, sedangkan dengan kekuatan itu akan dapat menjayakan segala kerja yang rumit demi kepentingan islam dan umatnya. Dan jika berpecah-belah, akan menjadi lemah. (sila rujuk ayat:46 surah al-anfal)

Dipetik daripada buku esok penuh ceria
karya: Ustaz Safwan Fathy...


4 comments:

  1. The King Casino - CommunityKhabar
    The King 출장샵 Casino is the only casino near the casino. All casino games are legal communitykhabar and the game variety is https://septcasino.com/review/merit-casino/ huge! The gri-go.com games are also available https://octcasino.com/ at any of the

    ReplyDelete
  2. Merkur 37C Safety Razor Review – Merkur 37C
    The Merkur 37c https://deccasino.com/review/merit-casino/ is an septcasino.com excellent short https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ handled DE safety razor. It is more suitable for ventureberg.com/ both heavy and non-slip hands and is therefore a great option for communitykhabar experienced

    ReplyDelete