Monday 11 July 2011

Memahami Makna Hijrah Sebenar

Apakah pengertian "Hijrah" yang sebenarnya mengikut al-quran dan al-sunnah? Dan apakah kelebihan berhijrah itu? Kalimah "Hijrah" ini mempunyai beberapa pengertian:


1.Hijrah berasal daripada perkataan "Hajara-yahajiru-uhjur" bermakna: "tinggalkan" atau "menjahuinya" (tidak melakukan segala perbuatan keji). Firman ALLAH S.W.T  yang bermaksud: "dan perbuatan dosa, tinggalkanlah! " (surah al-Muddathir:5)

Ayat ini menjelaskan bahawa, orang Arab jahiliah hendaklah meninggalkan amalan menyembah berhala. Bagaimanapun dalam pengertian yang luas, umat islam hendaklah menjauhi segala perkara yang membawa kepada dosa  seperti mengagung-agungkan harta,nama dan pangkat, membuat publisiti untuk diri sendiri,kecantikan yang membawa keberahian, nafsu syahwat, nafsu syaitan,kemewahan dunia (yang melupakan ALLAH) serta kelazatannya.

Meninggalkan kesemua yang kotor itu dikatakan sebagai "Hijrah".(rujukan: Ahmad Sonhadji Mohammad, tafsir "Abrul Athir).

2."Hijrah"berasal daripada kalimah "al-muhajraah"seerti yang dengan kalimah "al-mufajaah" bermakna: menjauhkan diri dan meninggalkan. Firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud: "Lembung mereka berenggang ( mengurangi tidur) kerana (solat malam) seraya menyeru tuhan mereka dengan hati yang takut (terhadap seksan-Nya)
dan membelanjakan (menyedekahkan) sebahagian rezeki yang kami (ALLAH) berikan kepada mereka." (Surah al-Sajadah:16)






Dimaksudkan di sini adalah, ALLAH kagum melihat sifat orang beriman yang selalu berenggang dari tempat tidurnya pada malam hari, dengan meninggalkan selimut dan isteri kesayanggannya, kerana melakukan solat tahjud dan ibadah malam.

3. "Hijrah"juga bermaksud perpindahanfizikal dengan tujuan untuk menegakkan kalimah Allah, seperti yang berlaku pada zaman Rasulluah s.a.w. terutamanya pada tahun 13 selepas bi'thah (dibangkitkan menjadi rasul) iaitu perpindahan dari Makkah ke Madinah. Bnyak ayat yang menyebut tentang hal ini. Antaranya firman ALLAH S.W.T. yan bermaksud: "sesungguhnya orang-orang yang beriman, yang berhijrah di jalan ALLAH, mereka mengharapkan rahmat ALLAH dan ALLAH, mereka mengharapkan rahmat ALLAH dan ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyayang." (surah al-baqarah: 218).

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-bukhari dan muslim, diterima daripada Umar ibnu al-khattab r.a., bahawa nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "sesiapa tujuan hiijrahnya kepada ALLLAH dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu akan sampai kepada ALLAH dan Rasullnya, dan sesiapa hijrahnya kerana dunia, atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, mak hijrahnya akan sampai kepada yang dimaksudkannya."


Hijrah mengikut al-sunnah di atas adalah seperti perpindahan dari makkah ke madinah untuk mencari keredhaan ALLAH, melaksanakan tuntutan syarak (perintah ALLAH dan rasull-nya). Jika diniatkan demikian, maka dapatlah keredhaan ALLAH dan Rasull-nya.


Tetapi, jika hijrahnya itu dilakukan kerana ingin berkahwin dengan wanita atau mengejar kemewahan duniawi, maka yang didapatinya adalah seperti yang diniatkannya (dapat wanita atau harta dunia), yang hanya bersifat bekalan dan habuan untuk akhirat akan terlepas.


4.Selain daripada yang tersebut tadi, hijrah juga bermakna meninggalkan sifat negatif atau perangai yang buruk. Sabda Rasuluallah s.a.w. yang bermaksud "Orang yang berhijrah itu ialah yang berhijrah daripada apa-apa yang dilarang oleh ALLAH."(Riwayat Ahmad Daripada Abu Hurairah r.a).




Hijrah pada zaman Rasuluallah s.a.w. dihukumkan wajib kerana mematuhi titah perintah ALLAH Rasul-NYA. Keadaan itu berterusan sehingga kota makkah ditakluki oleh baginda s.a.w. pada tahun 8 hijrah. Setelah itu, umat islam di makkah tidak diwajibkan lagi untuk berhijrah ke madinah. Bagaimanapun, hijrah dari sikap dan jihad untuk menuju kebaikan masih dituntut sehingga ke hari kiamat.


Demikian juga hijrah kerana meninggalkan maksiat dan perangai yang tidak baik. Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Tiada hijrah selepas pembukaan kota makkah, tetapi yang ada (dan masih dituntut sepanjang masa) ialah hijrah dari segi niat (azam) dan (jihad)."


Yang bermaksud dengan "niat" itu adalah azam atau wawasan yang bersifat positif sesuai dengan akidah dan syariah, sementara "jihad" ialah kesungguhan bekerja bagi merialisasikan azam atau wawasan yang telah ditetapkan di dalam hati...


Dipetik daripada buku esok penuh ceria
Karya Ustaz Safwan Fathy...

No comments:

Post a Comment